October 24, 2012

Kehidupan Di UniMAP - Part 1

Salam semua!!! lama dah x update blog since dah masuk semester 3 nih..sem nih subjek sume nya boleh buat aku pecah kepala..hahaha..okay berbalik kepada tajuk entri kali nih..kehidupan di UniMAP? apakah tu? hah! aku nak citer ikit apa yang berlaku kat aku sepanjang sem nih..even minggu depan dah stat cuti mid-sem..hahaha..lambat gila baru nak bercerita.. okay part 1 nih aku nak citer mengenai kolej kediaman aku nih..for those yang x tau sem nih aku x duk Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani @ Wang Ulu. tapi skang aku duk kat Kolej Kediaman Tun Abdul Razak @ KKB Taman Bahagia.


Okay sapa yang x tau lagi KKB Taman Bahagia nih merupakan rumah kedai sebenarnya dan di ubahsuai menjadi Kolej Kediaman. KKB nih menempatkan pelajar lelaki tahun 2 dan perempuan tahun 2.3&4. Kesemuanya dari PPK Sistem Elektrik. Dalam rumah pulak menempatkan 12 orang pelajar dan satu bilik 4 orang. Bilik semua perfect barulah katakan..hahhaha..cuma agak panas kerana kurang aliran udara masuk.

Pandangan sisi Kolej Kediaman.


Gambar apa pulak nih ekk? okay nih gambar kat Taman Kemajuan cuma 400 Meter dari KKB sebab setiap hari pas balik kuliah mesti beli makanan kat sini. Petang2 kat sini mcm2 ade jual nasi lemak roti canai burger sama je mcm tempat2 lain cuma harganya boleh dikatakan murah dan berpatutan. so boleh bayangkanlah keseronokan berada di sini.. di wang ulu xdapat nak rasa mcm nih cuma kat wang ulu senang nak dapat makanan kat dalam.


Boleh lihat kat sini pelbagai gerai di buka dah macam pasar malam dah. Kalo beli sebijik mcm g pasar malam pelastik berduyun2.


Delicious part hewhewhewhew nasi tomato..yummy!!!! sangat sangat murah RM3.00 sahaja..nasi ngan ayam sangat2 sedaap dan banyak..memang untung beli...


nie jugak adalah part yang buat ramai student kat kolej kdiaman lain jeles..ade 7E..kat sini ade 2 kedai yg berfungsi 24/7 7E ngan My Kiosk..so kalau lapa tgh2 malam boleh la beli kat sini x pon KFC Kangar 24Jam..hahahhaha


Kalau petang2 kat sini jalan memang sesak gila dengan kenderaan yang nak bli makanan ngan barang kat sini so hati2 ketika jalan kat sini..takut kene langgar..Hahahahaha..

Yang nih pulak Kedai Borong Din CS. Ala2 Mini TheStore gitu.. xyah g the store kat kangar tuh kat sini pon boleh dapatkan semuanya dengan harga murah dan berpatutan..

Yes habis jugak Part 1, mungkin x cukup lengkap lagi entri untuk part 1 nih..nanti di update lg. InsyaAllah..tunggu kan pulak Part 2 yang akan datang nanti..Assalammualaikum.. =)

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞