January 20, 2014

Erti Sebuah Kemaafan

Assalammualaikum, setelah lama tak update blog, terasa rindu dihati pulak nak menulis. Memang blog nih nampak sunyi, tapi setiap hari mesti ada yang menjenguk blog nih. Adakah saudara/saudari mahukan diriku update blog ini? kehkehkeh..perasan pulak aku nih..Maafkan diriku dah lama tak update blog, sekarang terimalah kemaafan aku ini yang penuh dengan kekurangan diri..


Okay, topik yang nak sangat aku bincangkan adalah mengenai Erti Sebuah Kemaafan. Kenapa dengan tajuk ini? Acapkali kita melihat dan mendengar, seringkali berlaku pergaduhan umum pada setiap masa, setiap detik dan waktu. apakah tanda itu? bila beralkunya pergaduhan yang besar, mahupun kecil, tentulah perkara utama yang bermain di benak hati ialah KEMAAFAN. itulah kunci utamanya. 
"Andai kita masih belum memaafkan seseorang itu, makanya kita masih belum mempunyai hati yang benar-benar bersih. Dalam erti kata lain, kita bukanlah seorang yang pemaaf dan mempunyai naluri hari dan kerendahan diri yang baik"
Bila melihat dan membaca petikan ini, lunak hati aku berkata. Adakah sebab ego yang tinggi yang menyebabkan kita sukar untuk memaafkan seseorang itu? apakah yang menyebabkan kita sukar memaafkan mereka. Ya, aku tahu, kadang kala ada manusia yang selalu menyakitkan hati. Aku pun pernah mengalaminya. Memang sakit sangat, sebab dah lama perkara ini berlaku, apakah tindakan aku waktu itu, aku biarkan dan keep moving dengan kehidupan aku, tetapi bila sesuatu berlaku, dicampur pulak dengan kisah2 silam dan kesakitan hati, aku jadi tak keruan dan aku rasakan tiada kemaafan biarpun pada awalnya memang salah aku. Dengan ego ini, adakah Allah tidak akan murkai aku? Satu jawapan, Allah akan murkai manusia yang terlalu ego tingginya sampai boleh memutuskan silaturrahim. Tersentak, tersedu, terdiam...

         RASULLAH S.A.W BERSABDA: “SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU.”

Memaafkan dan melupakan dilakukan kerana tiada berguna menahan perasaan yang justeru membatasi kita dalam bergerak. Memaafkan dan melupakan dilakukan kerana buat apa perasaan yang dimiliki boleh menyempitkan hati. Memaafkan dan melupakan dilakukan kerana ternyata perasaan yang kita tahan membezakan perilaku kita sesama saudara. Memaafkan dan melupakan dilakukan kerana jika ternyata emosi yang kita tahan lahir bukan kerana Allah SWT.

Islam sebagai agama yang mulia pun mengatur hubungan antara manusia. Bahkan Rasulullah SAW tidak memperkenankan saudara sesama muslim menahan amarah yang melahirkan permusuhan. Dalam sabda Rasulullah SAW, "Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari. Barangsiapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal, maka ia masuk neraka." (HR. Abu Dawud, 5/215, Shahihul Jami' : 7635).

Abu Ayyub Radhiallahu'anhu meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak halal bagi seorang memutuskan hubungan saudaranya lebih dari tiga malam. Saling berlalu antara satu sama lain tapi yang memalingkan muka dan yang itu (juga) membuang muka. Yang terbaik di antara keduanya iaitu yang memulai salam." (HR. Bukhari, Fathul Bari : 10/492).

Memang perasaan manusia terkadang menjadi perasaan yang tidak mudah difahami. Tapi Allah SWT memberikan manusia hati dan akal yang membuat manusia lebih mulia dari makhluk lainnya yang digunakan untuk memahami. Memiliki sifat memaafkan dikatakan sebagai sifat yang mulia. Kerana dalam sifat maaf terhimpun sifat-sifat mulia lainnya. Hanya yang memiliki kesabaran dan kelapangan jiwa yang dapat memaafkan dengan tulus.


Di kehidupan ini menuju akhirat kelak, kita bukan hanya memerlukan untuk menjaga nama diperhatikan oleh Allah SWT. Tetapi kita juga perlu menjaga nama kita di antara makhluk bumi, agar ketika amal yang dilakukan tidak berkurang kerana ada yang keberatan akan perilaku kita.

Wallahu a'lam bish-shawab. 
Assalammualaikum...

Entri juga ada diambil di Kita Kita Forum dan diolah sedikit. 

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

No comments:

Post a Comment