July 20, 2013

Sebab Aku Tak Makan Laksa

Laksa? Sinonim dengan rakyat Malaysia yang gemarkannya. Kat sini aku nak ceritakan sedikit mengenai ketidaksukaan aku terhadap laksa. Sorie lah ye peminat laksa sekalian..hehehe. Kesedapan Laksa Kuale yang tiada tandingan.ok promote kejap..bhahahahha..

Yummy maveles..sedap makan bukak puasa nih..hahahaha..

Al kisah bermula sewaktu aku berusia 5 Tahun x silap aku, waktu kecil kecil, comel comel lagi..hahahaha..sewaktu kecil, aku memang slalu jalan jalan ngan famili aku dan suatu hari aku ikot famili aku pergi ke rumah pak cik sedara aku kat selayang, waktu tuh aku duk Kuala Lumpur, so dekat jelah kl ngan selayang tu. Nak dijadikan cerita pak cik aku nih bawak aku ke ladang taugeh dia, kat situ ade gaung, besar lah jugak dan dalam untuk buang 'kepala' taugeh yang warna hitam tu..hahaha..  waktu nak balik dah, ayah aku reverse kereta, aku yang bebal nih, pegi bertenggek belakang kereta, x pasal pasal kereta undur, aku pun undur jugak, undur undur aku jatuh ke dalam gaung yang indah dan nyaman ditemani taugeh yang sudah busuk..errrrr... dan sebab tulah aku tak suka LAKSA!!!!!! sekian...

p/s: mak aku cakap, gaung tuh dah xde, sebab kat situ dan bina kawasan perumahan. so, x sempat nak memori memori kembali..hahahha

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

2 comments: