October 24, 2012

Kehidupan Di UniMAP - Part 1

Salam semua!!! lama dah x update blog since dah masuk semester 3 nih..sem nih subjek sume nya boleh buat aku pecah kepala..hahaha..okay berbalik kepada tajuk entri kali nih..kehidupan di UniMAP? apakah tu? hah! aku nak citer ikit apa yang berlaku kat aku sepanjang sem nih..even minggu depan dah stat cuti mid-sem..hahaha..lambat gila baru nak bercerita.. okay part 1 nih aku nak citer mengenai kolej kediaman aku nih..for those yang x tau sem nih aku x duk Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani @ Wang Ulu. tapi skang aku duk kat Kolej Kediaman Tun Abdul Razak @ KKB Taman Bahagia.


Okay sapa yang x tau lagi KKB Taman Bahagia nih merupakan rumah kedai sebenarnya dan di ubahsuai menjadi Kolej Kediaman. KKB nih menempatkan pelajar lelaki tahun 2 dan perempuan tahun 2.3&4. Kesemuanya dari PPK Sistem Elektrik. Dalam rumah pulak menempatkan 12 orang pelajar dan satu bilik 4 orang. Bilik semua perfect barulah katakan..hahhaha..cuma agak panas kerana kurang aliran udara masuk.

Pandangan sisi Kolej Kediaman.


Gambar apa pulak nih ekk? okay nih gambar kat Taman Kemajuan cuma 400 Meter dari KKB sebab setiap hari pas balik kuliah mesti beli makanan kat sini. Petang2 kat sini mcm2 ade jual nasi lemak roti canai burger sama je mcm tempat2 lain cuma harganya boleh dikatakan murah dan berpatutan. so boleh bayangkanlah keseronokan berada di sini.. di wang ulu xdapat nak rasa mcm nih cuma kat wang ulu senang nak dapat makanan kat dalam.


Boleh lihat kat sini pelbagai gerai di buka dah macam pasar malam dah. Kalo beli sebijik mcm g pasar malam pelastik berduyun2.


Delicious part hewhewhewhew nasi tomato..yummy!!!! sangat sangat murah RM3.00 sahaja..nasi ngan ayam sangat2 sedaap dan banyak..memang untung beli...


nie jugak adalah part yang buat ramai student kat kolej kdiaman lain jeles..ade 7E..kat sini ade 2 kedai yg berfungsi 24/7 7E ngan My Kiosk..so kalau lapa tgh2 malam boleh la beli kat sini x pon KFC Kangar 24Jam..hahahhaha


Kalau petang2 kat sini jalan memang sesak gila dengan kenderaan yang nak bli makanan ngan barang kat sini so hati2 ketika jalan kat sini..takut kene langgar..Hahahahaha..

Yang nih pulak Kedai Borong Din CS. Ala2 Mini TheStore gitu.. xyah g the store kat kangar tuh kat sini pon boleh dapatkan semuanya dengan harga murah dan berpatutan..

Yes habis jugak Part 1, mungkin x cukup lengkap lagi entri untuk part 1 nih..nanti di update lg. InsyaAllah..tunggu kan pulak Part 2 yang akan datang nanti..Assalammualaikum.. =)

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

August 31, 2012

Salam Merdeka 55 | Bebaskah Diri Kita Sebenarnya?


Assalammualaikum..agaknya masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam kemerdekaan ke 55 buat seluruh rakyat Malaysia kan..huhu.. Alhamdulillah sudah 55 tahun kita kecapi kemerkaan..tapi sudahkan kita 'merdeka' dalam diri kita?

Mungkin perkataan 'merdeka' ini ibarat bahawa kita sudah 'bebas' dari sebarang ancaman? yup, memang kita sudah bebas dgn penjajah asing tapi adakah hati kita juga sudah 'bebas' dari perang yang dalam.. Bkan untuk memanipulasikan semua tapi cuba kita fikirkan sejenak. Adakah segala perbuatan yg dilakukan adalah mengikut kata hati sendiri? ataupun dikongkong golongan tertentu? fikirkan sendiri.. 

Entri Tergantung..

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

August 25, 2012

Senario Kita BerLebaran 1433H

Assalammualaikum semua. Apa khabar? sungguh lama jugak x menaip entri nih..kali nih aku nak cbe ceritakan mengenai senario kita sebagai rakyat Malaysia khususnya Beragama Islam menyambut lebaran. Aku akan cbe rungkaikan sedikit mengenai diri aku sendiri sepanjang menyambut lebaran tahun ini. Agak tidak lambat jugak untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H. 

Seminggu Sebelum Menyambut Lebaran (11-17 Ogos 2012)

Okay!! Apakah yang aku lakukan ehhh? Secara tepatnya aku sudah tentu berada di rumahlah kan.. sebab sebagai pelajar ijazah chewaahhh aku sekarang sedang dalam cuti semester so aku x perlulah berebut tiket untuk pulang ke kampung. Awesome kan? Hahaha.. Untungla budak2 Ijazah semua kan..hehe..puasa pon complete sebulan kat umah..cume sekali je dalam hidup aku berpuasa tidak bersama keluarga aku iaitu pada tahun 2010 ketika aku kat Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) first time berpuasa kat sana tersangatlah mencabar okay..hahaha.. 

okay agak gedik jugak upload gambar KMM..menarik bukan? hehe

Okay terlanjur sudah nak cter bagai n selain itu jugak aku buat jugak kuih raya..ala buat kiuh ala2 simple jew sebab duk umah tersangatlah bosan ye terutama ngan akak tersayang..erghhh..aku cuma jadi tukang sibuk je okay tapi kuih nih aku x buat tau..tapi kalau buat ada ke yg sanggup makan? heheheh..

ermmmm..nampak sedap 
sumber incik google..

Cehh..makin jauh pulak ye..ehhh mcm mana pulak terawikh ye? Adakah penuh ye ujung ramadan nih hehehe..jujur saya ckpkan x ramai kan saya pon jarang g ujung2 nih..apa lah nak jadi nih..okay habisla sudah seminggu sebelum kita beraya. nak sambung lagi x? 

Sehari Sebelum Menyambut Lebaran (18 Ogos 2012)

ohhh aku baru ingat apa yg aku buat cehhh cepat sanagt lupa..otak dah tepu lah..sorryyy derr..lma x bukak buku..memang x lah kan..ehhh aku nih asyik lalau je..sehari sebelum raya ehhh? ohhhh aku ngan famili aku g taiping g shopping baju raya awesome bukan last minit? murah x? cehhhh mana ade murah mahal juga ler..sama mcm harga hari biasa..tapi gerbang malam kat kuala kangsar tahun nih gempak skit..banayk gerai bukak so banyak pilihan. harga ttap mahal..hahahaha..tapi nak buat mcm mana kn..

dah habis da..hahahha..

Hari Lebaran (19 Ogos 2012)

Selamat Hari Raya Semua!!!

Chewahh..dah raya beb...x sangka sekejap je masa berlalukan..mcm x caya jew..pagi raya mcm biasa lah pergi balik kampung? ehhhh pagi raya balik kampung?? emmm kampung dkat je dari rumahx sampe 10km pastu mcm biasa lah kutip duit raya dari mak cik pak cik atok opah sedara semua yg cantik2 hensem2 dah baik hati..chewahhh ngampu bagai...yeaaayyy dapat duit raya =)

Seminggu Selepas Lebaran ( 20-25  Ogos 2012)

hah..inilah jadinya..sumpah aku rasa dah gemuk dah skang nih..
perut mengalahkan perempuan hamil 5 bulannn..
Herbalife!!!! tolong aku..hehhehe..

Arghhhhh skang aku makin besar..mcm nih..x tenang hidup aku..baju pon makin ketat damnn gilaaa..okaylah papepon selamat menyambut lebaran..duit raya yg banyak tuh meh la bagi sikit k.. =)
                        

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

August 23, 2012

Salam Lebaran Syawal 1433H

Sorie lambat mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat Semua!!! Tgh siapkan post seterusnya =)                       

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 9, 2012

Port Dickson | Urusetia Reunion SMAKT

Assalammualikum..setelah penat 'bercuti' slama 2Hari kat Port Dickson Allhamdullilah masih bertenaga lagi. Syukur kerana pertama kali jadi urusetia berjalan lancar semuanya biarpun menjadi sedikit kaku disebabkan pengalaman pertama. dengan bantuan ahli urusetia yang lain berjaya jugak ahirnya..huhuhu..waaaa mukadimah nak panjang je lebih..okay skang aku nak citer pasal pengalaman ak bersama 5 lagi kawan yang baru sahaja kenal menguruskan Majlis Reunion Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh, Pahang di Hotel Legacy Port Dickson. Aku n akak ak bertolak petang jumaat dan sampai KL..ak rest dulu kat KL sampai pagi sabtu.. Sabtu pagi akak aku amik kwan2 dia yang join jadi urusetia nie termasuk Imran, Naim n Qhadijah kat UPM. so, perjalanan ke Port Dickson tidak terlalu lama tetapi untuk mencari hotel Legacy boleh dikatakan agak lama dan susah kerana GPS xdapat track Hotel Legacy..huhuhu

waktu ondaway ke Kuala Lumpur..jalan sesak sebab kemalangan Lori terbalik..
sumpah serammm tgk lori terbalik

Setelah Sampai Hotel Legacy, Port Dickson
snap gambar dulu..HAHAHA..

Setelah sampai, kami kene bsiap untuk pendaftaran peserta a.k.a alumni SMAKT. tetapi pendaftran nie perlukan 2 orang je..so ak x buat pape lah just duduk dalam bilik tido..zzzzz..hehehe..pastu petang ak tolong Imran siapkan dewan untuk majlis makan malam..ak bawak turun hadiah untuk cabutan bertuah..huhuhu..

nie time ak ngan Fauzi handle untuk pendaftaran makan malam a.k.a Dinner
untuk Alumni SMAKT..

Time dinner..x sempat nak snap banyak sebab 
jaga kaunter pendaftran risau ada tetamu datang lambat..HUHUHUHU

 Gambar kenangan Alumni..
kalaulah SMKBM n KMM buat mcm nie..
sumpah best!!!!!

seronok bila ramai2 berkumpul..
*smile*

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban | Bersama Kuatkan Iman

Assalammualaikum x sangka terlalu cepat masa berlalu..Sekarang dah masuk bulan Syaaban. Alhamdullilah sekejap je lagi masuk Bulan Ramadhan..bulan Syaaban banyak sangat kelebihan dia...mungkin ramai yang tidak ketahui kemuliaan bulan ini..apakah itu nisfu syaaban?? jom kita usha2.. =)


Apakah dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban?

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul qadr.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Daripada Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis : "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersolat dengan sungguh - sungguh serta lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan kaki baginda bergerak.
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan keampunanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripada kemurkaanMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti mana Kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada isterinya Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepeda mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang - orang yg dengki.”

Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku rekod catatan amalan kita selama setahun Hijriah diangkat ke langit dan diganti dengan buku rekod catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula iaitu pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).

Apakah Amalan yang boleh dilakukan ketika Nisfu Syaaban?

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa samada besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa - dosa kedua ibubapa kita dan ahli keluarga kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amat baik sekali dibacakan penghulu
Istighfar (Sayyidul istighfar). Allahumma anta rabbii. Laa ila ha illaa anta kholaq tanii. Wa ana 'abduk. Wa ana 'ala 'ahdika wa wa' dika mas tato'tu A'u zubika min syarrimaa sona'tu. Abu u laka bini' matika 'alaiya wa abu u bizambi. Faghfirlii fa innahu laa yagh firuz zunuuba illa ant (sila rujuk tulisan arab untuk bacaan dan makhraj yang lebih tepat).
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70 hingga 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih Subhanallah. (100 kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat - solat sunat; antaranya: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknyamemohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal ibadat untuk meningkatkan ketaatan, dan jangan sekali-kali menangguhkannya kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

sumber Suraukini.com

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 3, 2012

Coklat Langkawi | Entri Kenyang dan Menggemukkan

Entri kedua bulan 7 Alhamdullilah..hehehe..okay skang ak rasa berat badan aku dah naik mendadak la..asal?
sebab coklat yang akak aku beli kat Langkawi..dia ada percutian dengan semua dak kos dia..so Amazing!!! HAHAHA..So, mcm2 la dia beli..ak pon belom g lagi (gelak jahat) sobsobsob.. =,=. okay berbalik kepada cerita tadi..yup mmg ak dah naik berat badan..x tau nak turun mcm mana nih..dah la turun berat punya lambat.grrrr..tapi banyak sangat kot coklat!! sangat2 sedaaap dah la murah x de cukai..

Antara coklat yang sempat aku snap..
Kisses daebak!!!
nie pulak coklat yang still x habis lagi dalam peti ais..
oh Ferrero Rocher tolong la hilangkan diri anda segera..HAHAHA..

P/S: sedang proses Pengurusan Berat Badan..hehehhe =,=

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 2, 2012

Mydin Mall | Bandar Meru Raya Ipoh

Assalammualaikum..ehem2..x sangka dah masuk bulan 7 rupanya..sekejap je lagi kita semua yang beragama Islam akan menunaikan ibadah berpuasa..x sabar rasanya..HAHAHA..okay skang nak citer pasal Mydin Mall yang baru dibuka..dengar citer Mydin ini adalah yg terbesar di Malaysia..Yup, kalo korang lalu kat highway PLUS korang akan nampak Mydin Mall yang gedabak besar nih..so, aku pon berkesempatan g sini..for those yg x tau lagi Mydin nie baru je buka pada 18 MEI 2012 yang lalu kira2 sebulan lebih dah la..yup mmg besar cme Mydin nie still baru so, x banyak kedai yg lain bukak slain market dorang.gambar pon x sempat nak snap banyak sebab sibuk dok bli barang..

nie entrance dia, x nampak kebesarannya..hehehe
cbe tgk sendiri nanti..

nie kek Angry Bird yang aku jumpa kat kdai x brapa
ingat namanya..sempat jugak beli roti cheese dan donut..
so far..okay sedaaappp..

nie adalah ruangan jalan ke tandas dan surau
memang terbaik dan sempat ada frame menunjukkan 
kebanggaan setiap negeri..daebak!!!

nie jumpa sabun Najwa
sebab banyak kawan nama Najwa
termasuk Najwa Zain..hahahha..
ehh.. Najwa Latif skali.. =)


gambar x de motif.. =,=

Okay sampai di sini sahaja sebab xsempat nak tangkap banyak gambar segan pon ade sebab gne enset biasa je..okay sape bkempatan pegi lah sini..harga pon boleh dikatakan agak murah dan berpatutan..




❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

June 27, 2012

Personal Messages VS Direct Messages

Assalammualaikum semua..huhuhu..lama x update blog..hahaha..ok skang nak citer pasal yang berlaku semalam..OK aku mengaku memang lambat..hahha.yelah ak jarang gne PM kat Twitter..opppsss!! bkan PM okay DM lah kenapa ek!!! hahahaha..lawak2..

nie lah dia DM okay!! bkan PM..

Aku pon dah pening asal la si Tintin nie ckap dm dm.ak ingat IDM sebab aku cakap tgh download movie..upanya DIRECT MESSAGES..nie buktinya kat Twitter..hahaha..

sungguh lambat dan memalukan..hehehe =P



nie pulak kat FB.. PM okay..
bkan Perdana Menteri k..hahahaha..

Secara Konklusinya PM dan DM adalah sama je..cme nak menunjukkan 2 rangkaian sosial yang berlainan sahaja..sedangkan fungsinya sama sahaja..asalkan lain kali jangan terpinga pinga bila ada orang DM kita..hahaha..



❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

June 3, 2012

Terima Kasih Segalanya..

Assalammualaikum semua...
Chewah..tajuk nak kasi gempak jew..dah lama jugak x update..inilah entri pertama bulan jun nih..
minggu nie minggu study week..so study jelah jwabnya..jadual exam pon sangat2 pack... so nak citer satu yang untuk selama 2 minggu aku akan offline(InsyaAllah) sebab aku akan hentikan perkhidmatan broadband aku yang aku dah gne lebih dari 6bulan since aku masuk kat UniMAP nih..ak hentikan sebab banyak faktor... Antaranya kat rumah aku dah ade internet, buat apa nak gne broadband kn cuti pon tinggal 2minggu lagi..hewhewhew....duit pon dah kering..so aku hentikanlah segalanya k..hehehhe..terima kasih Celcom Broadband atas segalanya.. =)

Spesifikasi Broadband

                                                      Plan                       : Basic Plan
                                                      Quota                    : 4GB
                                                      Speed                    : 1.5 Mbps*
                                                      Monthly Payment   : RM68

* Connection is on best of effort basis. However, connection speed may fluctuate depending on your location, modem/computer configuration and user traffic during that time.



Akhir kata, terima kasih segalanya..saya sangat berpuas hati.. *winkwinkwink*


❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

May 15, 2012

Computer Programming | Nothing Else, Only This..

click Image to Enlarge



❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

April 29, 2012

Hiburan : Tag Bersama Kak Mah

Ok, lama jugak x update..tiba2 tadi bukak blog Kak Mah terbacalah satu post pasal tag tag nih..Sorry dah lama ye kau post kak mah..heeee..baru perasan sbb jarang bkak blog orang..okay, nak jawab jugak soalan yang kak mah tanya..

tak tau nak jawab mcam mana nih..Bhahahahaha.. =)

1. kalau pergi kelas selalu suka pakai mcm mana? jeans/slack? kemeja/tshirt koler tak/ jaket U ?kenapa suke pakai mcm tu.
jawapan : Aku suka pakai jeans dengan tshirt x berkolar dan wajib dengan Jaket UniMAP. sebab dewan kuliah kat Pauh tuh tersangat2lah sejuk..bhahahaha..pastu rabu n khamis ade Engineering Skills..mmg kne pakai jaket la..

2. melampau sgt tak soalan no 1 di atas? all in 1..takpe?
jawapan : Okay jew.. =)

3.apa pendpt ttg pemakaian zmn sekarang?terutama kaum wanita yg bertudung tapi.. sesetgh dari yg kita tgk, dia buat tudung sebagai fesyen. watcha think?
jawapan : kebanyakan mereka memakai tudung sampai menampakkan......okay pikir sendiri sudah..

4.baca novel? novel apa paling best baca?prefer melayu cina english tamil?mesti ada satu!
jawapan : baca jugak..yang paling best melayu Ungu Karmila- Ramli Awang Mursyid dan english Eat Cake - Jeanne Ray..Dua dua nie sangat2 lah best..hahahha..

5.pernah terlintas tak (bagi perempuan) utk pakai baju yg longgar2 dan menutup aurat..seikhlas hati yg mungkin..(bagi lelaki) pernah tak awk alihkan pandangan laju bila terpandang sesuatu yg tak sepatut dipandang?haha(aurat perempuan of course) jujur!
jawapan : mestilah dah orang bagi tgk freekan..opps..HAHAHA

6. kalau pergi mall, branded or quality? how bout the price. ada kisah tak. ke tak kisah
jawapan : bergantung jugak la, slalunya tgk kualiti dulu, baru harga, kalo kualiti okay, harga mahal pulak tuh. ermm..xpelah lain kali jelah..hahhaha

7. pernah / reti pakai kain batik/kain pelikat? ada org tak reti..
jawapan : kain pelikat kadang2 aku buat stail kain batik..simple je..hahahaha

8. dalam family, kalau ada yg bergaduh, pernah cuba leraikan tak.. bagaimana?
jawapan: malas nak leraikan kalau adik yg bergaduh. nanti mak ayah dgr, senyaplah dorang tuh..bhahaha..

9.  kasut or slipa? kenapa?
jawapan : selipar. senang and praktikal..

10. suka lelaki/perempuan yg macam mana? dalaman dan luaran.. 2 kategori ok :D
jawapan: x kesah la..asalkan sedap mata memandang..kalo boleh nak mcam Nur Fazura..Hehehe..

11.last soalan, apa pendpt kamu terhadap saya. sila describe tak lebih 100 perkataan..
jawapan: no comment..hahahaha..kak mah baik.comel..hehehe..cukup itu je..wakakakaa..

okay, saya dah jawab nie kak mah oiii..xde soalan balas pulak.. =)
trima kasih kak mah tag ye..hahaha..

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

March 26, 2012

Sukan UniMAP 2012

Assalammualaikum,
Fuh, penat smalam masih x hilang lagi..nie pon baru balik kuliah..haha..ok, back to da point, smalam mrupakan Majlis Penutup Sukan UniMAP 2012 @ Stadium Utama Kangar, Perlis. Sukan nie dah stat 3hari yg lalu bermula dari 23/3/2012 hingga semalam..selama 3 malam ak kat stadium..mmg penat la..hahah..ak telah di'lantik' menjadi AJK Kostum..wadda..hahaha..ak dah la xde seni, yg buat kostum sume laki sbb yg perempuan pergi bercuti kat Pulau Pangkor. ceh, tinggal lah aku, bani, meon n mirux. nak x nak kenelah buat sebab amanah yang diberikan..chewah..ermm, so nak tunjuk kostum x nampak la, sbb x sempat nak tangkap sbb last minute buat, mai agak2 je..sorry ye Imran n As..biarpun x menang apa2 kategori bersyukur jelah..hahaha..Okay, nie keputusan penuh sukan UniMAP 2012

Olahragawan: Atlit daripada PPK Bahan
Olahragawati: Atlit daripada PPK Alam Sekitar dan Bioproses (bersama)

Hiasan Rumah/Khemah Tercantik:
Pertama: PPK Mekatronik
Kedua: PPK Mikroelektronik
Ketiga: PPK Bahan

Perbarisan/kawad Terbaik: PPK Alam Sekitar

Juara Keseluruhan (Kategori Pingat) : PPK Alam Sekitar
Juara Keseluruhan (Kategori Pungutan Mata) : PPK Pembuatan

Kepada PPK Sistem Elektrik, jangan sedih..next year kita buat yang terbaik.. Kasi gegar UniMAP..yeahhh!!!

Kononya Kami Bersemangat..hahaha =p

 yeah, PPKSE masok padang..dracula kan..huahuahua

 Suasana @ Stadium gempak..

 wajah2 kekalahan PPKSE..hahahaha..terbaik lah bagi komitmen ye korang..
credit image to : AfIq Izzat

 menunggu sesuatu agaknya..hahaha..

lepaskan belon..yeahhh
Gagal selepas usaha adalah hikmah anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada yg anda sangka. Hanya Masa yang menentukan segalanya =)

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

March 24, 2012

Selamat Tinggal Facebook ;(

Assalammualaikum semua,
tringin plak nak citer, satu kisah yang agak sedih nih..Selamat Tinggal Facebook? apa tuh? mcm nak deactive je..xla, nie sebab tibe tibe je FB tulis kat wall aku yg aku akan guna timeline 25/3 nie, waddefak beb, sdih kot, esok last day fb lama aku..sumpah x best la timeline..menyusahkan kowt, siot btolla FB nih..asal plak ak jadi mangsa..grrr..xpe la, g pon ak bkan active fb sangat, ak lbih kpada twitter sbb senang je..

 
sedih kowt, tiba tiba dapat mcm nie, korang kene x?

 
selamat tinggal Facebook lama..sob sob

Slamat datang timelineku..sayang kau..urghh..damnn
Tidak ada orang yang lebih mulia di sisi Allah dari seorang mukmin. (HR. Ath-Thabrani)


❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

March 7, 2012

Wordless Wednesday #2 | Wiring



❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

March 6, 2012

Excited Kejap..

Assalammualaikum n Hallo guys,
sudah agak lama jugak x update, since dah masuk semester 2 kat UniMAP niekn..so, sepanjang 2minggu nie agak busy lah jugak, kelas pun padat, sebab banyak subjek teras, memang pengsan aku sem 2 nie, hopefully, dengan suasana yg baru, dan tempat blaja yang baru, Pauh weyh, memberikan pulangan yang baik..hahaha..orait, x nak citer lebih, smalam aku n some of my coursemate g libary yang baru sahaja siap kat Kampus Utama UniMAP, Pauh. so, bila dah datng, mmg excited habis la, buku punya banyak bawak, last2, sume dok sibuk tangkap gambar, main2, n da best, kat library nie ade ruang bising, mmg bising habis la..hahaha..overall best, haha..jom layan beb..

Orait, nie lah library kami, lawakan n besar..weeee

Bani mungkinkah ternampak sesuatu..HAHA
nie pon same =_="

nie lah part excited, Touch Screen Computer, TERBAIK!!! =)

Balik jom..

Marilah bersama sama kita blaja di Library ye lepas nie, HAHAHA..orait..Thanxxx alll...


"Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)


❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

February 16, 2012

Semester 2, Bersediakah??

Assalammualikum Semua..
Seperti yang sedia maklum, kebanyakan semua pelajar Ijazah IPTA akan meyambung kembali pelajaran dalam Semester 2 yang akan bermula pada 20/2/2012. maknanya, minggu nie merupakn mggu terakhir ak kat umah, arrrghh..malas pulak nak sambung balik lpas tgk result..hahaha..semester 2 kira agak mencabar buat aku jugak..terlalu banyak subjek wajib, yang paling menakutkan aku Engineering Mathematics II. sbb totally blaja Diffentation n Integration..pengsan jap..adoiii...nape la smakin susah..dan paling memenatkan Semester 2 nie, kebanyakan kelas dan kuliah akan di adakan di Kampus Utama UniMAP kat Pauh, sblom nie, dari Kolej Kediaman nak ke PPK Sistem Elektrik hanyalah sekitar 20 minit, tapi sejak akan ke Kampus Utama akn mengambil masa lbih kurang sejam..so, kne bangon awal la..hahha..tapi, x kesah sbb kat pauh mknan murah2 je n paling penting ade library baru..yeah!! terus semangat!! =_='..

Nie la subjek yang aku kene daftar Semester 2, #seram..

For those yang akan sambung study, gud luck ak ucapkan, kalo sem 1 x bape nak baik x pe, sem seterusnya still boleh back up lagi pointer, yg penting jgn lpe study, n tanya pada yang pakar, skali lagi gud luck... =)

 x de pape nak ckap da..hahaha credit image to Facebook Page Trust Me, I'm an "Engineer"

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-Nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ILMU. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna." Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban.

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞