July 9, 2012

Port Dickson | Urusetia Reunion SMAKT

Assalammualikum..setelah penat 'bercuti' slama 2Hari kat Port Dickson Allhamdullilah masih bertenaga lagi. Syukur kerana pertama kali jadi urusetia berjalan lancar semuanya biarpun menjadi sedikit kaku disebabkan pengalaman pertama. dengan bantuan ahli urusetia yang lain berjaya jugak ahirnya..huhuhu..waaaa mukadimah nak panjang je lebih..okay skang aku nak citer pasal pengalaman ak bersama 5 lagi kawan yang baru sahaja kenal menguruskan Majlis Reunion Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh, Pahang di Hotel Legacy Port Dickson. Aku n akak ak bertolak petang jumaat dan sampai KL..ak rest dulu kat KL sampai pagi sabtu.. Sabtu pagi akak aku amik kwan2 dia yang join jadi urusetia nie termasuk Imran, Naim n Qhadijah kat UPM. so, perjalanan ke Port Dickson tidak terlalu lama tetapi untuk mencari hotel Legacy boleh dikatakan agak lama dan susah kerana GPS xdapat track Hotel Legacy..huhuhu

waktu ondaway ke Kuala Lumpur..jalan sesak sebab kemalangan Lori terbalik..
sumpah serammm tgk lori terbalik

Setelah Sampai Hotel Legacy, Port Dickson
snap gambar dulu..HAHAHA..

Setelah sampai, kami kene bsiap untuk pendaftaran peserta a.k.a alumni SMAKT. tetapi pendaftran nie perlukan 2 orang je..so ak x buat pape lah just duduk dalam bilik tido..zzzzz..hehehe..pastu petang ak tolong Imran siapkan dewan untuk majlis makan malam..ak bawak turun hadiah untuk cabutan bertuah..huhuhu..

nie time ak ngan Fauzi handle untuk pendaftaran makan malam a.k.a Dinner
untuk Alumni SMAKT..

Time dinner..x sempat nak snap banyak sebab 
jaga kaunter pendaftran risau ada tetamu datang lambat..HUHUHUHU

 Gambar kenangan Alumni..
kalaulah SMKBM n KMM buat mcm nie..
sumpah best!!!!!

seronok bila ramai2 berkumpul..
*smile*

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban | Bersama Kuatkan Iman

Assalammualaikum x sangka terlalu cepat masa berlalu..Sekarang dah masuk bulan Syaaban. Alhamdullilah sekejap je lagi masuk Bulan Ramadhan..bulan Syaaban banyak sangat kelebihan dia...mungkin ramai yang tidak ketahui kemuliaan bulan ini..apakah itu nisfu syaaban?? jom kita usha2.. =)


Apakah dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban?

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul qadr.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Daripada Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis : "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersolat dengan sungguh - sungguh serta lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan kaki baginda bergerak.
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan keampunanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripada kemurkaanMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti mana Kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada isterinya Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepeda mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang - orang yg dengki.”

Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku rekod catatan amalan kita selama setahun Hijriah diangkat ke langit dan diganti dengan buku rekod catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula iaitu pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).

Apakah Amalan yang boleh dilakukan ketika Nisfu Syaaban?

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa samada besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa - dosa kedua ibubapa kita dan ahli keluarga kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amat baik sekali dibacakan penghulu
Istighfar (Sayyidul istighfar). Allahumma anta rabbii. Laa ila ha illaa anta kholaq tanii. Wa ana 'abduk. Wa ana 'ala 'ahdika wa wa' dika mas tato'tu A'u zubika min syarrimaa sona'tu. Abu u laka bini' matika 'alaiya wa abu u bizambi. Faghfirlii fa innahu laa yagh firuz zunuuba illa ant (sila rujuk tulisan arab untuk bacaan dan makhraj yang lebih tepat).
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70 hingga 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih Subhanallah. (100 kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat - solat sunat; antaranya: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknyamemohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal ibadat untuk meningkatkan ketaatan, dan jangan sekali-kali menangguhkannya kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

sumber Suraukini.com

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 3, 2012

Coklat Langkawi | Entri Kenyang dan Menggemukkan

Entri kedua bulan 7 Alhamdullilah..hehehe..okay skang ak rasa berat badan aku dah naik mendadak la..asal?
sebab coklat yang akak aku beli kat Langkawi..dia ada percutian dengan semua dak kos dia..so Amazing!!! HAHAHA..So, mcm2 la dia beli..ak pon belom g lagi (gelak jahat) sobsobsob.. =,=. okay berbalik kepada cerita tadi..yup mmg ak dah naik berat badan..x tau nak turun mcm mana nih..dah la turun berat punya lambat.grrrr..tapi banyak sangat kot coklat!! sangat2 sedaaap dah la murah x de cukai..

Antara coklat yang sempat aku snap..
Kisses daebak!!!
nie pulak coklat yang still x habis lagi dalam peti ais..
oh Ferrero Rocher tolong la hilangkan diri anda segera..HAHAHA..

P/S: sedang proses Pengurusan Berat Badan..hehehhe =,=

❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞

July 2, 2012

Mydin Mall | Bandar Meru Raya Ipoh

Assalammualaikum..ehem2..x sangka dah masuk bulan 7 rupanya..sekejap je lagi kita semua yang beragama Islam akan menunaikan ibadah berpuasa..x sabar rasanya..HAHAHA..okay skang nak citer pasal Mydin Mall yang baru dibuka..dengar citer Mydin ini adalah yg terbesar di Malaysia..Yup, kalo korang lalu kat highway PLUS korang akan nampak Mydin Mall yang gedabak besar nih..so, aku pon berkesempatan g sini..for those yg x tau lagi Mydin nie baru je buka pada 18 MEI 2012 yang lalu kira2 sebulan lebih dah la..yup mmg besar cme Mydin nie still baru so, x banyak kedai yg lain bukak slain market dorang.gambar pon x sempat nak snap banyak sebab sibuk dok bli barang..

nie entrance dia, x nampak kebesarannya..hehehe
cbe tgk sendiri nanti..

nie kek Angry Bird yang aku jumpa kat kdai x brapa
ingat namanya..sempat jugak beli roti cheese dan donut..
so far..okay sedaaappp..

nie adalah ruangan jalan ke tandas dan surau
memang terbaik dan sempat ada frame menunjukkan 
kebanggaan setiap negeri..daebak!!!

nie jumpa sabun Najwa
sebab banyak kawan nama Najwa
termasuk Najwa Zain..hahahha..
ehh.. Najwa Latif skali.. =)


gambar x de motif.. =,=

Okay sampai di sini sahaja sebab xsempat nak tangkap banyak gambar segan pon ade sebab gne enset biasa je..okay sape bkempatan pegi lah sini..harga pon boleh dikatakan agak murah dan berpatutan..




❝Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Harap Anda Suka❞